ShiErLy

Wednesday, June 6, 2007

aiR teRjun HuaNgguOsHu


Air Terjun Huangguoshu terletak di Destinasi Pelancongan Air Terjun Huangguoshu Provinsi Guizhou China. 18 buah air terjun terdapat di kawasan tersebut. Antara kesemua air terjun itu, Air Terjun Huangguoshu yang terbesar dan juga terdapat banyak air terjun yang kecil di sekitarnya, yang termasuklah Air Terjun Doupotang di hulu dan Air Terjun Luositan di hilir Huangguoshu. Selain itu, masih terdapat Air Terjun Zhizhu yang terpancar dari Gua di Lereng bukit yang curam, Air Terjun Yinlianzhuitan yang berarus deras dan lain-lain. Ketinggian Air Terjun Hungguoshu ialah 74 meter iaitu lebih setinggi bangunan 20 tingkat. Air sungai yang mengalir dengan deras dari lereng bukit yang curam, jatuh mencurah-curah ke dalam Kolam Xiniu di kaki bukit, mengeluarkan bunyi deruan yang bergemuruh lalu membentuk kabus. Oleh sebab itu, Air Terjun di kawasan Huangguoshu sentiasa dilitupi kabus pada sepanjang tahun dan para pelancong akan terkena tempiasnya walaupun di tempat sejauh 60 meter dari air terjun tersebut.

Posted by e y y i :: 2:48 AM :: 0 comments

Post a Comment

-------------------------------------